Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

50 KTV dan kelab malam tidak boleh dibuka semula; yang lain harus lulus pemeriksaan

Jul 31, 2021 | 3:10 PM
Jika pusat hiburan yang berubah operasi ini dibenarkan dibuka semula, mereka harus mematuhi langkah pengurusan selamat tambahan selain daripada yang dikenakan bagi sektor F&B, menurut pihak berkuasa.
Jika pusat hiburan yang berubah operasi ini dibenarkan dibuka semula, mereka harus mematuhi langkah pengurusan selamat tambahan selain daripada yang dikenakan bagi sektor F&B, menurut pihak berkuasa. - Gavin Foo

Sekitar 50 kelab malam yang melanggar peraturan Covid-19 sejak Oktober tahun lalu, tidak akan dibenarkan dibuka semula.

Pusat hiburan yang berubah kepada operasi makanan dan minuman (F&B) mesti terus ditutup sehingga mereka lulus pemeriksaan dan menerima permit bersyarat, menurut pihak berkuasa.

Cawangan sedemikian diarahkan ditutup selama dua minggu mulai 16 Julai, bagi menyekat penyebaran virus dalam masyarakat dari kelompok pusat hiburan KTV dan kelab malam.

Jika pusat hiburan yang berubah operasi ini dibenarkan dibuka semula, mereka harus mematuhi langkah pengurusan selamat tambahan selain daripada yang dikenakan bagi sektor F&B, kata kenyataan bersama Kementerian Kemampanan dan Sekitaran, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan serta Kementerian Ehwal Dalam Negeri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg