50 tadika MOE dibuka untuk pendaftaran dari 4 hingga 8 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

50 tadika MOE dibuka untuk pendaftaran dari 4 hingga 8 Feb

Jan 14, 2022 | 5:30 AM

50 tadika MOE dibuka untuk pendaftaran dari 4 hingga 8 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
fbad7e3b-98c7-4894-9f11-a7002262287d
-

IBU bapa yang mahu mendaftar anak-anak mereka di Tadika 1 pada 2023 boleh memilih daripada 50 tadika Kementerian Pendidikan (MOE), termasuk lagi tujuh tadika yang dijangka buka tahun depan.

MOE dalam kenyataannya semalam berkata latihan pendaftaran akan berlangsung dari 9 pagi, 4 Februari hingga 4 petang, 8 Februari.

Pendaftaran dibuka kepada kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari 2018 dengan 1 Januari 2019 dan merupakan warga atau penduduk tetap Singapura.

Pendaftaran tersebut akan berlangsung di laman web tadika MOE di www.moe.gov.sg/mk.

Keputusan pendaftaran akan diberitahu pada 31 Mac 2022.

Tadika MOE tidak akan mengadakan rumah terbuka secara fizikal untuk mengurangkan risiko jangkitan memandangkan situasi Covid-19 masa ini.

Pun begitu, mereka akan mengadakan rumah terbuka secara virtual di laman web tadika MOE pada 29 Januari, 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

MOE berkata, tadika-tadikanya akan menawarkan ketiga-tiga bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu, Tamil dan Mandarin.

Menulis di Facebook, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika MOE telah memberi maklum balas positif tentang pengalaman tersebut.

"Kurikulum dan program direka untuk memupuk kanak-kanak secara holistik dengan membina kecekapan sosio-emosi, kemahiran bahasa dan literasi, kebolehan numerasi dan dwibahasa mereka.

"Mempunyai asas yang kukuh ini akan membantu anak-anak kita menjadi lebih yakin dalam peralihan Darjah 1 mereka.

"(Tadika MOE) juga menganjurkan program bersama dengan sekolah rendah untuk membiasakan pelajar (tadika MOE) yang akan menghadiri sekolah baru mereka," tulis Encik Chan.

"Kurikulum dan program direka untuk memupuk kanak-kanak secara holistik dengan membina kecekapan sosio-emosi, kemahiran bahasa dan literasi, kebolehan numerasi dan dwibahasa mereka. Mempunyai asas yang kukuh ini akan membantu anak-anak kita menjadi lebih yakin dalam peralihan Darjah 1 mereka. (Tadika MOE) juga menganjurkan program bersama dengan sekolah rendah untuk membiasakan pelajar (tadika MOE) yang akan menghadiri sekolah baru mereka." - Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dalam satu catatan Facebook.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg