SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

50 tahun NS: Shanmugam ucap terima kasih kepada anggota kerahan

50 tahun NS: Shanmugam ucap terima kasih kepada anggota kerahan

Feb 7, 2017 | 2:26 PM

50 tahun NS: Shanmugam ucap terima kasih kepada anggota kerahan

Encik Shanmugam berkata bergenerasi anggota Perkhidmatan Negara (NS) telah menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemajuan yang Singapura nikmati hari ini.
Encik Shanmugam berkata bergenerasi anggota Perkhidmatan Negara (NS) telah menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemajuan yang Singapura nikmati hari ini. - GAMBAR FAIL ZAOBAO

SEBUAH Rumah Kelab Home Team NS baru di Hab Tampines akan dibuka secara rasmi Isnin ini (13 Feb), kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dalam surat bagi mengucapkan terima kasih kepada anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NS) Home Team atas sumbangan mereka.

Mesej beliau disampaikan sedang Menteri Pertahanan Ng Eng Hen melancarkan siri acara sepanjang tahun bagi menandakan 50 tahun NS di Singapura, di Pulau Tekong pada Selasa (7 Feb).

Rumah kelab itu tambahan terbaru kepada empat yang sedia ada di Balestier, Chinatown, Bukit Batok dan Sembawang.

Encik Shanmugam berkata: "Kita memberi penghormatan kepada bergenerasi anggota Perkhidmatan Negara yang telah menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemajuan yang Singapura nikmati hari ini.

"Bagi pihak Home Team, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda atas dedikasi dan komitmen tidak berbelah bahagi anda kepada NS."

Semua anggota masa lalu dan sekarang NS akan menerima pakej pengiktirafan dengan baucar bernilai $100 yang boleh digunakan di kedai runcit dan makanan dan minuman (F&B).

Anggota NS juga akan menerima keahlian Home TeamNS atau Safra selama setahun secara percuma.

Terdahulu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media, Encik Shanmugam berkata NS "telah dan akan terus menjadi tonggak penting dalam misi Home Team", sambil menambah bahawa anggota kerahan NS polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dikerah di barisan depan setiap hari bagi memastikan negara ini selamat dan terjamin.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg