Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

53 pelajar banduan terima keputusan GCE 'O'

Jan 14, 2021 | 5:30 AM
BANGGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BANDUAN: Dr Faishal Ibrahim berinteraksi dengan para pelajar Sekolah Penjara yang menerima keputusan peperiksaan GCE Peringkat 'O' mereka. Beliau gembira dengan pencapaian 53 pelajar itu, yang 42 orang daripada mereka lulus sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran. - Foto FACEBOOK/PROFESOR MADYA DR MUHAMMAD FAISHAL IBRAHIM
BANGGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR BANDUAN: Dr Faishal Ibrahim berinteraksi dengan para pelajar Sekolah Penjara yang menerima keputusan peperiksaan GCE Peringkat 'O' mereka. Beliau gembira dengan pencapaian 53 pelajar itu, yang 42 orang daripada mereka lulus sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran. - Foto FACEBOOK/PROFESOR MADYA DR MUHAMMAD FAISHAL IBRAHIM -

SERAMAI 53 pelajar banduan menerima keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O' mereka, dengan 42 daripada mereka lulus sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran.

Berkongsi berita tersebut di Facebook, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata beliau turut gembira atas pencapaian tersebut.

Dr Faishal turut memuji para pelajar itu kerana menunjukkan sikap positif dan mempunyai tekad yang kuat untuk memastikan pemulihan mereka melalui pencapaian pendidikan.

"Pendidikan adalah lebih daripada setakat keputusan yang baik. Ia adalah tentang pembangunan dan pertumbuhan peribadi.

"Saya gembira melihat para pelajar ini menunjukkan sikap positif dan mempunyai tekad yang kuat untuk bertanggungjawab terhadap pemulihan mereka melalui matlamat pendidikan.

"Saya sangat bangga dengan mereka," tulis Dr Faishal.

Beliau turut memuji usaha Sekolah Penjara dalam membantu para banduan ini.

Sekolah Penjara memainkan peranan utama dalam membantu para banduan mendapatkan peluang akademik, katanya.

Ini akan membantu mereka mendapatkan pekerjaan setelah dibebaskan kelak - suatu yang penting yang dapat memastikan mereka dapat berintegrasi semula dengan masyarakat.

Ia juga dapat mencegah kebentanan.

"2020 merupakan tahun yang mencabar bagi para pelajar termasuk pelajar di Sekolah Penjara.

"Saya sangat berterima kasih kepada pegawai SPS (Perkhidmat Penjara Singapura), guru dan sukarelawan yang membantu pelajar ini sepanjang perjalanan mereka dan memastikan pelajaran dan persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak terganggu dalam keadaan Covid-19," ujar Dr Faishal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg