Topik diikuti
Pergi ke BHku53 peserta, 77 jenama antarabangsa sertai pameran alam maya francais dan pelesenan Asia
53 peserta, 77 jenama antarabangsa sertai pameran alam maya francais dan pelesenan Asia
53 peserta, 77 jenama antarabangsa sertai pameran alam maya francais dan pelesenan Asia
PAMERAN perdagangan tahunan yang menyatukan masyarakat pemfrancaisan dan pelesenan dilancarkan dalam talian buat kali pertama dalam sejarah 15 tahun.
Menurut laporan The Straits Times, pameran Franchising and Licensing Asia (FLA) anjuran Sphere Exhibits itu akan membawa perniagaan, usahawan dan pelabur dari negara-negara seperti China, Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat.
Presiden FLA Singapura, Encik Andrew Khoo, berkata:
"Pameran alam maya memberi lebih banyak peluang yang tidak pernah ada sebelum ini.
"Kami tidak lagi dibatasi oleh geografi kerana seluruh dunia sekarang menjadi sasaran khalayak."
Beberapa jenama yang ingin mengembangkan rangkaian francais mereka termasuk jenama yogurt Eropah, Yole; pengeluar perabot kontemporari Perancis Gautier; dan pengendali restoran Singapura, Tung Lok Group.
Tahun ini terdapat 53 peserta pameran dan 77 jenama antarabangsa yang mengambil bahagian.
Perniagaan daripada sektor makanan dan minuman (F&B), kecantikan dan kesihatan serta kesihatan dan kecergasan, adalah antara mereka yang menyertai pameran tersebut.
"Pemfrancaisan dan pelesenan adalah kaedah utama dalam jaringan antarabangsa yang dapat memberi peluang bagi syarikat-syarikat untuk berkembang, memperluas dan mempelbagaikan aliran pendapatan.
"Ini sangat penting untuk membuat perniagaan bertahan dalam menghadapi ketidakpastian yang tidak diduga yang disebabkan oleh wabak," kata Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan) Low Yen Ling.
Beliau berkata memandangkan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) yang ditandatangani pada 15 November akan melancarkan perdagangan perkhidmatan dan aliran pelaburan asing, beliau berharap kelebihan ini akan membawa lebih banyak peluang francais dan pelesenan bagi syarikat tempatan.
Semasa pameran perdagangan selama tiga hari itu, peserta akan dapat menghadiri webinar mengenai harta intelek dan aspek undang-undang francais.
Topik lain yang akan dibincangkan termasuk trend makanan dan minuman, kesulitan yang harus dihindari semasa menandatangani kontrak francais dan do-rongan untuk melabur dalam francais semasa pandemik.
Peserta yang mempunyai pertanyaan mengenai francais dan pelesenan boleh mengemukakannya kepada wakil jenama melalui teks dan video langsung semasa acara maya tersebut.
Kehadiran adalah percuma.
Selepas acara itu, webinar akan dirakam dan tersedia untuk hadirin di laman web acara sehingga 20 Disember.
Sphere Exhibits adalah anak syarikat milik penuh Singapore Press Holdings.
