Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5,300 pemandu kereta sewa peribadi belum lulus ujian lesen vokasional

Jun 22, 2018 | 2:30 PM
LTA menggalak pemandu yang memerlukan bantuan untuk memperbaiki bahasa Inggeris mereka untuk mendaftar bagi Program Workplace Literacy Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) atau kursus lain yang setara.
LTA menggalak pemandu yang memerlukan bantuan untuk memperbaiki bahasa Inggeris mereka untuk mendaftar bagi Program Workplace Literacy Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) atau kursus lain yang setara. - Foto LIANHE ZAOBAO

SEKITAR 5,300 pemandu kereta sewa peribadi telah menjalani latihan vokasional tetapi belum lulus ujiannya.

Ini bermakna mereka mungkin tidak boleh menawarkan khidmat sebagai pemandu kereta sewa peribadi lagi mulai bulan depan.

Ini kerana mulai 1 Julai, semua kereta sewa peribadi yang menyediakan khidmat drebar mesti meletak pelekat - yang menunjukkan bahawa mereka sudah memiliki Lesen Vokasional Pemandu Kereta Sewa Privet (PDVL) - pada cermin depan dan belakang kenderaan mereka.

Menerusi satu kenyataan hari ini (22 Jun), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata lagi 17,700 pemandu kereta sewa peribadi mungkin tidak boleh menawarkan khidmat drebar lagi mulai bulan depan kerana mereka belum daftar bagi latihan PDVL atau daftar untuk ujian kursus tersebut.

Kesemua pemandu itu telah diberi masa setahun - sehingga bulan ini - untuk menyediakan khidmat drebar bagi aplikasi seperti Grab dan Uber (yang tidak beroperasi di sini lagi).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg