SEKITAR 5,400 pekerjaan dalam perkhidmatan makanan dan penghasilan makanan telah tersedia sejak April lalu, di bawah Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited, dengan sekitar dua dalam lima pekerjaan yang disediakan untuk peranan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET). Dalam bilangan tersebut terdapat sekitar 2,070 pekerjaan yang tersedia untuk PMET, termasuk peranan sebagai ahli teknologi makanan, cef, pengurus perkhidmatan makanan dan minuman dan pengurus pembangunan perniagaan. Baki 3,350 pekerjaan pula tersedia untuk peranan bukan PMET, termasuk penyelia dan mandur bagi pemprosesan makanan, pembuat roti, pembuat pastri dan manisan, dan jurujual di cawangan kedai.
Gaji yang ditawarkan bagi pekerjaan tersebut juga berbeza, berdasarkan jenis pekerjaan dan keperluan kemahiran.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg