Topik diikuti
Pergi ke BHku5kg dadah bernilai $182,000 dirampas, lelaki ditangkap
5kg dadah bernilai $182,000 dirampas, lelaki ditangkap
SEORANG lelaki warga Singapura berusia 32 tahun ditangkap pada Selasa kerana disyaki mengedar dadah selepas dadah hampir lima kilogram dengan nilai anggaran $182,000 dirampas. Rampasan itu terdiri daripada kira-kira dua kilogram ganja, 960 gram heroin, 130 gram Ice, 120 gram ketamin, 260 gram pil Ecstacy, dan 1.3 kilogram bahan serbuk dipercayai mengandungi dadah terkawal. Dalam satu kenyataan pada Khamis (23 Feb), Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata ganja itu dapat membekalkan sekitar 300 penagih selama seminggu. Heroin itu pula dapat membekalkan kira-kira 460 penagih bagi tempoh sama. Dalam operasi pada Selasa itu, lelaki tersebut ditangkap semasa dia berada di dalam sebuah kereta Mercedes-Benz yang diletak di sekitar Bukit Timah Road. Pegawai CNB mengiringi lelaki itu ke rumahnya di Punggol Field, tempat beberapa dadah, termasuk ganja, heroin, pil Ice dan Ecstasy, ditemui. Penolong pengarah kanan operasi risikan CNB, Superintenden William Tan, berkata pengedar dadah masih menjual dadah dan mengaut keuntungan dengan mengorbankan nyawa dan kehidupan orang ramai, walaupun mereka tahu akan bahayanya. "Untuk mencegah dan menyekat pengedaran dadah dalam masyarakat kita, CNB mempunyai... undang-undang tegas dan penguatkuasaan kukuh untuk menghantar isyarat kuat bagi pencegahan terhadap kegiatan dadah terlarang," ujar beliau. Sesiapa didapati bersalah mengedar lebih 500 gram ganja atau 15 gram heroin tulen boleh dikenakan hukuman mati.