Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

6 bekas kakitangan Keppel O&M diberi amaran tegas atas rasuah $73j

Jan 13, 2023 | 5:30 AM
cd853f2f-fd7b-45e1-9ef3-2ea9ae245438
-

BIRO Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) telah memberi beberapa amaran tegas kepada enam bekas kakitangan pengurusan kanan syarikat Keppel Offshore & Marine (O&M) berhubung bayaran rasuah kelmarin.

CPIB telah menjalankan siasatan terhadap enam pekerja itu, yang didakwa bersubahat antara satu sama lain untuk memberi rasuah berjumlah sekitar AS$55 juta ($73 juta) kepada konsultan asing yang terlibat dalam kepentingan perniagaan Keppel O&M di Brazil, lapor The Straits Times.

Wang itu kemudian digunakan untuk membayar pegawai syarikat milik negara Brazil, Petroleo Brasileiro (Petrobras), berhubung kontrak pembinaan pelantar minyak yang Petrobras atau syarikat berkaitan yang dimenangi Keppel O&M.

Kesalahan tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan Rasuah.

Dalam satu perundingan global diterajui Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dan melibatkan Brazil dan Singapura, satu amaran bersyarat sebelum pendakwaan telah diberi kepada Keppel O&M bagi kesalahan yang berupaya didenda di bawah Akta tersebut.

Keppel O&M telah membayar denda berjumlah AS$422 juta ($560.9 juta) dan memenuhi semua keperluan di bawah amaran bersyarat itu.

"Kes ini adalah kompleks dan melangkaui sempadan negara, melibatkan pelbagai penguasa dan saksi dari pelbagai negara... Banyak dokumen terletak di pelbagai penguasaan lain. Tambahan pula, saksi utama berada di luar Singapura dan tidak dapat dipengaruh untuk menyerahkan bukti di sini," kata CPIB dalam satu kenyataan semalam.

"Keputusan sama ada untuk mendakwa enam individu itu bagi kesalahan jenayah harus menimbangkan semua faktor yang relevan, seperti bagaimana setiap individu bertanggungjawab dalam kesalahan itu, bukti yang tersedia dan apa yang wajar ditimbangkan dalam keadaan-keadaan tertentu. Dengan menimbangkan perkara-perkara tersebut, amaran tegas telah diberikan kepada enam individu itu."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg