Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

6 dalam 10 belia terdedah pada kandungan sensitif ‘online’ tanpa diminta: Kajian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

6 dalam 10 belia terdedah pada kandungan sensitif ‘online’ tanpa diminta: Kajian

Feb 09, 2024 | 04:19 PM



Enam daripada 10 orang muda dilaporkan terdedah kepada kandungan sensitif tanpa mencarinya, dan mengalami kesan emosi yang berterusan, menurut satu kajian baru mengenai bahaya dan kesejahteraan dalam talian.

Bentuk kandungan sensitif ini termasuk kandungan berkaitan imej badan, keganasan grafik, berbogel dan aktiviti seksual, pemakanan tidak sihat dan kandungan kebencian atau penghinaan berasaskan jantina.

Penemuan daripada kajian oleh pertubuhan bukan mencari untung, SG Her Empowerment (SHE) dan Global Shapers Singapore Hub, rangkaian pemimpin belia di bawah umur 30 tahun, dikeluarkan dalam panel dalam talian pada 8 Februari.

Seramai 500 warga Singapura dan penduduk tetap berusia 16 hingga 35 tahun terlibat dalam kajian itu.

Bercakap dalam panel itu ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua; pengurus dasar keselamatan Meta, Dr Priyanka Bhalla; dan naib kurator di Global Shapers Singapore Hub, Cik Calissa Man.

Panel itu dikendalikan oleh ketua eksekutif SHE, Cik Simran Toor.

Selain pendedahan kepada kandungan sensitif, Kajian Melindungi Ruang Dalam Talian itu juga merangkumi persepsi belia tentang ‘budaya padam’ (amalan atau kecenderungan melibatkan diri dalam pembatalan besar-besaran sebagai cara menyatakan bantahan dan memberikan tekanan sosial), kecerdasan buatan generatif dan alatan keselamatan serta jalan keluar.

Daripada responden yang mengatakan mereka telah melihat imej sensitif yang tidak diminta, 68 peratus berkata mereka kecewa selepas melihat kandungan itu, dan separuh daripada kumpulan itu berasa sedemikian selama sekurang-kurangnya beberapa jam.

Seorang responden lelaki mengimbas kembali siaran langsung dua budak lelaki di China yang tangan mereka dipotong yang muncul pada akaunnya, dan beliau berkata: 

“Saya tidak menonton kandungan ganas di platform ini kerana saya kekal menonton topik lucu, PG (Bimbingan Ibu Bapa) kebanyakan masa. Apabila video ini disyorkan dalam akaun saya, ia agak mengerikan bagi saya.

Namun, tiga daripada 10 responden tidak mengambil sebarang bentuk tindakan untuk menangani perkara yang mereka lihat, seperti menyekat akaun atau melaporkan kandungan itu.

Kira-kira dua pertiga responden berkata mereka mengambil tindakan dengan menyekat akaun yang berkongsi kandungan, atau dengan melaporkan kandungan atau akaun tersebut kepada platform berkenaan.

Mengenai isu orang muda terdedah kepada imej seksual dalam talian tanpa mencarinya, Encik Chua berkata ini amat membimbangkan kerana purata umur kanak-kanak di Singapura mendapat peranti pertama yang disambungkan ke Internet adalah lapan tahun, berbanding purata global 10 tahun.

“Anak-anak muda kita mula melungsuri dunia dalam talian jauh lebih muda dan kemungkinan berlaku, seperti yang dinyatakan oleh kajian, sama ada anda mencarinya (bahan seksual eksplisit) atau tidak, anda akan ternampaknya dan itu hampir pasti,” kata beliau kepada 62 hadirin yang termasuk pelajar, ibu bapa, pendidik dan individu dalam industri teknologi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >