Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

6 kedai dibatal atau digantung lesen kerana jual rokok kepada pembeli bawah umur

Jul 12, 2018 | 3:59 PM
DIBATAL, DIGANTUNG LESEN: (Atas, dari kiri) Eng Lee & Co, Hla Lay New, Kee Guan Huat Supermarket, (bawah, dari kiri) Mohamed Buhari Trading, 7-Eleven di stesen MRT Simei dan Sathya Mini Mart dibatal atau digantung lesen mereka kerana jual rokok kepada pembeli bawah umur.
DIBATAL, DIGANTUNG LESEN: (Atas, dari kiri) Eng Lee & Co, Hla Lay New, Kee Guan Huat Supermarket, (bawah, dari kiri) Mohamed Buhari Trading, 7-Eleven di stesen MRT Simei dan Sathya Mini Mart dibatal atau digantung lesen mereka kerana jual rokok kepada pembeli bawah umur. - Foto HSA

LESEN tembakau sebuah kedai di sini telah dibatalkan sementara lesen tembakau lima lagi kedai digantung selama enam bulan selepas mereka didapati menjual rokok kepada pembeli bawah umur.

Menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) hari ini (12 Julai), mereka membatalkan lesen kedai Mohamed Buhari Trading di 103 Teck Whye Lane, yang menjual rokok kepada seorang remaja berusia 17 tahun yang memakai uniform sekolah.

Lima lagi kedai yang lesen tembakau mereka digantung merupakan pesalah kali pertama dan mereka juga didapati menjual rokok kepada pembeli bawah 18 tahun.

Kedai itu antara lain mendakwa mereka tidak meminta pembeli menunjukkan kad pengenalan mereka kerana mereka sibuk atau kerana pembeli itu kelihatan lebih tua daripada usia sebenar mereka.

HSA berkata penjual menghadapi risiko menyalahi undang-undang sekiranya mereka hanya menilai usia pembeli berdasarkan penampilan fizikal sahaja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg