Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

6 kes sivil difail tuntut wang diguna beli Rolex, barang mewah

Sep 15, 2022 | 5:30 AM
TUNTUTAN: Pi Jiapeng (kiri) dan Pansuk Siriwipa ditemani polis Singapura di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 11 Ogos lalu. Enam kes sivil telah difailkan oleh pelanggan Tradenation dan Tradeluxury untuk dapatkan kembali wang yang telah digunakan untuk membayar barangan mewah yang tidak pernah diterima, kebanyakannya jam jenama Rolex. - Foto fail
TUNTUTAN: Pi Jiapeng (kiri) dan Pansuk Siriwipa ditemani polis Singapura di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 11 Ogos lalu. Enam kes sivil telah difailkan oleh pelanggan Tradenation dan Tradeluxury untuk dapatkan kembali wang yang telah digunakan untuk membayar barangan mewah yang tidak pernah diterima, kebanyakannya jam jenama Rolex. - Foto fail -

ENAM kes sivil telah difailkan oleh pelanggan Tradenation dan Tradeluxury untuk mendapatkan kembali wang yang telah digunakan untuk membayar barangan mewah yang tidak pernah diterima, kebanyakannya jam jenama Rolex.

Antara enam kes yang difailkan, tiga daripadanya difailkan di Mahkamah Tinggi, dua di Mahkamah Negara dan satu di Tuntutan Tribunal Kecil dalam usaha untuk dapatkan lebih $6.7 juta secara keseluruhan.

Sejak Jun, lebih 180 laporan polis telah dibuat terhadap kedua-dua syarikat berkenaan berhubung barangan mewah yang tidak dihantar bernilai $32 juta.

Pasangan yang menjalankan perniagaan itu, Pi Jiapeng seorang warga Singapura dan isterinya warga negara Thailand, Pansuk Siriwipa, kedua-duanya berusia 27 tahun, melarikan diri dari Singapura pada 4 Julai lalu dengan bersembunyi di dalam ruang kontena lori berdaftar dari Malaysia.

Mereka ditahan oleh polis Malaysia di sebuah hotel bajet di Johor Bahru dan diserahkan kepada pasukan polis Singapura pada 11 Ogos.

Pi dan Pansuk masing-masing dihadapkan dua pertuduhan kerana menipu dan satu kerana meninggalkan Singapura secara haram.

Mereka kekal dalam tahanan sementara siasatan diteruskan.

Semakan rekod mahkamah oleh The Straits Times menunjukkan bahawa tiga kes sivil, yang menuntut antara $419,005 dan $3.48 juta, telah difailkan antara 6 dan 18 Julai di Mahkamah Tinggi.

Dua lagi kes, membuat tuntutan $187,000 dan $78,000, kedua kes ini telah difailkan terhadap Tradenation pada 21 Jun dan 5 Julai masing-masing di Mahkamah Negara.

Menurut dokumen mahkamah, Pi merupakan pengarah dan pemegang saham Tradenation dan Tradeluxury, manakala Pansuk pula merupakan pemegang saham Tradenation dari 28 Mei tahun lalu hingga 25 Mac.

Semasa pasangan itu melarikan diri dari Singapura, penghakiman ingkar telah diberikan terhadap mereka dan syarikat bagi empat kes.

Ini kerana defendan tidak menjawab tuntutan dalam tempoh 14 hari yang ditetapkan selepas dokumen tuntutan diserahkan kepada mereka.

Walaupun kontrak dibuat antara pelanggan dan syarikat, pihak yang menuntut berhujah bahawa Pi dan Pansuk harus bertanggungjawab secara peribadi.

Peguam Goh Hui Hua dari Covenant Chambers berkata, secara amnya, pelanggan tidak digalakkan membuat pembayaran terlebih dahulu untuk menerima barangan yang dibeli daripada peniaga, terutama sekali apabila melibatkan jumlah wang yang besar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg