Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

6 masjid ditutup selepas dikunjungi kes positif Covid-19

Masjid Petempatan Melayu Sembawang, Abdul Hamid Kampung Pasiran, Hajjah Fatimah, Al-Falah, Yusof Ishak dan Al-Iman akan dibuka bagi solat Jumaat hari ini
Apr 30, 2021 | 5:30 AM
PEMBERSIHAN RAPI: Syarikat pembasmian kuman telah dikerahkan membersihkan perkarangan Masjid Hajjah Fatimah petang semalam. - Foto BH oleh GAVIN FOO
PEMBERSIHAN RAPI: Syarikat pembasmian kuman telah dikerahkan membersihkan perkarangan Masjid Hajjah Fatimah petang semalam. - Foto BH oleh GAVIN FOO -

ENAM masjid telah ditutup bagi kerja pembersihan dan pembasmian kuman, selepas mereka dikunjungi individu yang dikenal pasti positif bagi Covid-19.

Masjid-masjid itu, Masjid Petempatan Melayu Sembawang, Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran, Masjid Hajjah Fatimah, Masjid Al-Falah, Masjid Yusof Ishak dan Masjid Al-Iman akan dibuka semula bagi solat Jumaat pada hari ini, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Menurut Muis, semua tempahan bagi solat jemaah, termasuk tarawih telah dibatalkan.

Dalam kenyataannya, Muis berkata individu yang dijangkiti Covid-19 itu telah pergi ke Masjid Hajjah Fatimah pada waktu solat Zohor dan Asar pada 14 hingga 15 April dan 17 April.

Individu yang sama juga telah pergi ke Masjid Al-Falah bagi solat Jumaat (Sesi 3) pada 16 April.

Seorang individu lain, seorang wanita, pula telah pergi ke Masjid Yusof Ishak dan Masjid Al-Iman pada 15 April dan 18 April bagi solat Isyak dan tarawih.

Di Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran pula, individu yang dijangkiti Covid-19 telah ke sana bagi solat Asar pada 16 April.

"Muis sedang membantu MOH dengan usaha jejak kontak dan jemaah yang telah dikenal pasti mempunyai hubungan rapat dengan individu (yang dijangkiti Covid-19) akan dihubungi bagi tindakan susulan yang sewajarnya," kata Muis.

Dalam kenyataan susulan semalam, Muis berkata masjid setempat akan mempertingkat tahap kewaspadaan serta pengurusan selamat dan pembasmian kuman, memandangkan lebih banyak kegiatan dijalankan semasa musim Ramadan ini.

"Duta Khidmat Ramadan kami serta kakitangan masjid dan sukarelawan akan menjaga pintu masuk selain mempertingkat prosedur pengurusan selamat dan mengingatkan jemaah agar mengurangkan pergerakan di dalam masjid," kata kenyataan itu.

Ia menambah masjid akan mempertingkat langkah pembersihan semasa waktu-waktu solat selepas setiap sesi solat.

Pada Selasa lalu, Masjid Petempatan Melayu Sembawang telah ditutup selama dua hari selepas seorang individu yang dijangkiti Covid-19 pergi ke sana.

Ia dibuka semula semalam.

Menurut Muis, insiden baru-baru ini adalah satu peringatan tentang peri penting bersikap berjaga-jaga terhadap penularan Covid-19, terutama dengan bilangan jemaah yang lebih tinggi di masjid pada Ramadan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg