Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

6 orang cedera, 100 dipindahkan ekoran kebakaran di flat Boon Lay

Jul 16, 2019 | 8:25 AM
DIJILAT API: SCF berkata kebakaran di Boon Lay itu melibatkan barang dalam flat tersebut.
DIJILAT API: SCF berkata kebakaran di Boon Lay itu melibatkan barang dalam flat tersebut. - Foto FACEBOOK / ERIC SNG GAK HWA, IAN QASEH

SERAMAI enam orang cedera dan lagi 100 penduduk dipindahkan menyusuli satu kebakaran di sebuah flat tingkat empat di Boon Lay malam tadi (15 Julai).

Watch on YouTube

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka memberi respons kepada kebakaran di Blok 191 Boon Lay Drive itu pada 10.15 malam.

Polis turut membantu pegawai SCDF memindahkan penduduk dari blok itu sementara enam orang dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH).

Menurut SCDF, kebakaran tersebut melibatkan barang dalam flat itu dan puncanya sedang disiasat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg