ENAM individu yang disyaki sebagai pesalah berkaitan penyalahgunaan dadah telah ditangkap dalam satu serbuan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Isnin (21 Sep) yang melibatkan lebih lima kilogram dadah yang bernilai hampir $700,000
Mereka yang ditangkap di beberapa lokasi di Singapura terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita berusia antara 33 dengan 65 tahun, kata CNB dalam satu kenyataan pada Selasa (22 Sep).
Dalam serbuan itu, pegawai CNB merampas sekitar 5,130 gram dadah heroin, 125 gram 'Ice,' sekitar 13 gram bahan psikoaktif baru, (NPS) dan 20 pil Ermin-5 yang dianggarkan bernilai hampir $700,00.
Wang tunai berjumlah $ 174,000 juga diperoleh semasa operasi tersebut.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg