Topik diikuti
Pergi ke BHku6 pusat kesihatan berjaya dekati lebih 600 warga Toa Payoh

Nov 20, 2016 | 5:30 AM
6 pusat kesihatan berjaya dekati lebih 600 warga Toa Payoh
SEJAK mengunjungi Pusat Kesihatan Komuniti (CHP) berdekatan rumahnya, Cik Azizah Abdul Ghani, 59 tahun, lebih peka terhadap pemakanan dan gaya hidupnya. Beliau kini bersenam dua kali seminggu di gimnasium masyarakat dan menemui doktor secara tetap bagi membuat pemeriksaan.
Sebanyak enam CHP di Toa Payoh telah diperkenal Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) dan dilancarkan Menteri Negara (Kesihatan), Encik Chee Hong Tat, di Kelab Masyarakat Toa Payoh West semalam.