Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang cuba memadamkan kebakaran yang berterusan di kawasan perindustrian Eunos.
Tiada kecederaan dilaporkan, kata SCDF dalam catatan Facebook pada 1 November, sambil menambah bahawa kebakaran itu berlaku di 1079 Eunos Avenue 7.
Penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran, termasuk Mountbatten dan Eunos, telah menerima amaran daripada Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) untuk mengelak kawasan itu.
SCDF berkata ia dimaklumkan mengenai kebakaran itu sekitar 5.30 petang. Apabila pegawainya tiba di tempat kejadian, api sudah marak dalam tiga unit bengkel, tambahnya.
Ia menggunakan dua pancutan air, dua pemantau air, pemantau udara dan mesin pemadam api untuk mengawal kebakaran, tambah SCDF.
Dalam kemas kini pada 7.55 malam, SCDF berkata, kebakaran yang melibatkan bahan binaan dan peralatan pejabat itu telah menyambar empat unit bengkel.
Sebanyak 16 kenderaan kecemasan dan sekitar 60 anggota bomba dikerahkan untuk kejadian itu, kata SCDF.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg