SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

6,000 flat baru akan dibina di Greater Southern Waterfront

6,000 flat baru akan dibina di Greater Southern Waterfront

Apr 12, 2022 | 5:41 PM

6,000 flat baru akan dibina di Greater Southern Waterfront

Unit-unit itu adalah sebahagian daripada 9,000 rumah yang akan dibina di tapak Keppel Club.
Unit-unit itu adalah sebahagian daripada 9,000 rumah yang akan dibina di tapak Keppel Club. - LIM YAOHUI

SEKITAR 6,000 flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan dibina di tapak Keppel Club, yang kini sebuah padang golf, dengan projek Bina Ikut Tempahan (BTO) yang pertama akan dilancar dalam tempoh tiga tahun akan datang. Estet HDB itu akan mempunyai empat kawasan hijau utama yang akan berfungsi sebagai habitat dan penghubung ekologi antara Southern Ridges dengan Hutan Simpanan Labrador, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang mengumumkan rancangan pembangunan itu pada Selasa (12 April).. Pembangunan flat tersebut adalah sebahagian daripada pelan transformasi jangka panjang bagi Greater Southern Waterfront yang diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan pada 2019. Apabila siap dibangunkan sepenuhnya kelak, tapak pembangunan di Keppel seluas 48 hektar itu akan mempunyai lebih 9,000 rumah baru, termasuk 6,000 unit perumahan awam tersebut.

Sementara itu, sebuah Rangkaian Taman Semula Jadi Labrador yang baru telah dilancarkan untuk mempertingkat ketersambungan antara Hutan Simpanan Labrador dengan ruang hijau yang di sekelilingnya. Seluas lebih 200 hektar, rangkaian baru itu terdiri daripada habitat teras seperti Hutan Simpanan Labrador dan hutan sekunder matang di Southern Ridges - terdiri daripada Taman Kent Ridge, Taman Telok Blangah Hill dan Taman Mount Faber Park - serta ruang hijau di sekeliling seperti Taman Semula Jadi Labrador, Berlayer Creek dan Taman Pasir Panjang.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg