Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

61 borang cadangan diterima bagi NMP

Nov 24, 2020 | 8:10 PM
61 borang cadangan telah diterima bagi pelantikan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) bagi Parlimen ke-14. - Foto fail
61 borang cadangan telah diterima bagi pelantikan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) bagi Parlimen ke-14. - Foto fail -

SEBANYAK 61 borang cadangan telah diterima bagi pelantikan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) bagi Parlimen ke-14.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Selasa (24 Nov), Pejabat Kerani Parlimen berkata 61 cadangan itu diterima sehingga tarikh dan waktu tutup penghantaran borang, iaitu pada 4.30 petang, 23 November 2020.

Ini selepas Jawatankuasa Pilihan Khas lapan anggota dipengerusikan Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin mengundang orang ramai menghantar nama individu yang patut dipertimbangkan bagi jawatan NMP.

Jawatankuasa tersebut akan menimbangkan permohonan dan pandangan Anggota Parlimen lain bagi permohonan yang diserahkan.

Mereka akan mewawancara calon disenarai pendek, memutuskan senarai akhir calon dan menyarankan mereka kepada Presiden, yang akan melantik NMP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg