Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

6,500 pelajar, kakitangan SG Poly akan jalani ujian Covid-19

May 20, 2021 | 5:30 AM
Foto fail
Foto fail -

SEKITAR 6,500 pelajar, kakitangan dan vendor di Politeknik Singapura (SP) akan menjalani ujian Covid-19 bermula semalam, selepas tiga pelajar sebelum ini didapati positif virus itu.

Buat masa ini, tiada bukti menunjukkan bahawa kes-kes Covid-19 yang dilaporkan pada Ahad dan Isnin lalu, mempunyai kaitan antara satu sama lain, kata SP dalam satu kenyataan.

"Namun, memandangkan terdapat tiga kes positif serta lokasi dan dekatnya jarak sekolah mereka di kampus SP, Kementerian Kesihatan (MOH) telah memutuskan untuk mengambil langkah tambahan berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko penularan dalam kampus," tambahnya.

Pihak kementerian memberi keutamaan kepada beberapa kumpulan yang akan menjalani ujian swab - iaitu sekitar 6,500 pelajar, kakitangan vendor pusat makanan daripada lima sekolah di SP yang berada di kampus pada atau selepas 29 April.

Sekolah-sekolah yang terlibat termasuk Sekolah Pengkomputeran; Sekolah Media, Seni dan Desain, Sekolah Perniagaan dan Sekolah Kejuruteraan Mekanikal dan Penerbangan.

Hanya pelajar yang sedang mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Berterusan dan program daripada Sekolah Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik akan menjalani ujian swab buat masa sekarang.

Sejak Selasa lalu, SP telah beralih kepada pembelajaran dalam talian hingga 28 Mei, termasuk kelas praktikal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg