Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

66 wanita ikuti kem khidmat negara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

66 wanita ikuti kem khidmat negara

Dec 05, 2023 | 07:58 PM



Warganegara Singapura harus bersiap sedia untuk mengharungi apa jua cabaran bersama.

Berucap di majlis penutup Kem Latihan atau ‘Boot Camp’ Wanita pada 5 Disember Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) berkongsi tentang kepentingan pertahanan mutlak dan bagaimana kaum wanita dapat sama-sama menyumbang.

Beliau berkata:

“Saya kagum melihat peserta wanita berbeza usia mendaftar dan menghadiri kem ini.

Kami mahu lebih ramai lagi wanita untuk melibatkan diri mereka dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sebagai kerjaya mereka atau sebagai sukarelawan.”

“Dengan keadaan geopolitik hari ini, kita harus bersedia untuk mempertahankan diri kita,” tambahnya.

Seramai 66 wanita berpeluang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) selama tiga hari menerusi kem latihan wanita yang berlangsung pada 3 hingga 5 Disember di Kem Maju.







Ini merupakan kali keempat daya usaha Majlis Penasihat Perhubungan Masyarakat dalam Pertahanan (Accord), Majlis Keluarga dan Masyarakat (F&C) itu diadakan.

Kem yang disokong oleh Kor Sukarelawan SAF (SAFVC) itu bertujuan memberi peluang kepada kaum wanita untuk mengalami apa yang dijalani kaum lelaki sewaktu di NS, terutama sekali ahli keluarga atau orang tersayang mereka.

Berbanding dengan kem latihan wanita yang diadakan pada 2022, peserta kem 2023 berpeluang menjalani kegiatan tambahan selama sehari lagi.

Wartawan Berita Harian (BH) berpeluang menyaksikan kegiatan pada 5 Disember di Kem Maju yang terletak di Clementi.


Para peserta memulakan hari mereka dengan berjalan selama dua kilometer sambil mengangkat beg berisi ‘field pack’ dan wajah yang telah diselaputi warna celoreng.

Mereka kemudian diperkenalkan kepada beberapa jenis senjata seperti M203 Grenade Launcher dan Section Automatic Weapon (Ultimax 100) serta peralatan lain seperti Matador HEAT dan gogal penglihatan malam.


Sebelum mereka disambut oleh ahli keluarga semasa majlis penutup, para peserta juga dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk menjalani latihan simulasi Pertahan Mutlak, atau ‘Total Defence Table-Top Exercise’ (TTX), di mana mereka membincangkan isu-isu yang boleh mengancam keselamatan Singapura.

Antara isu yang dibincangkan merupakan kekurangan air dan makanan, perubahan iklim, peningkatan kes penipuan dan banyak lagi. Mereka juga mencari jalan keluar untuk mengatasi isu-isu tersebut.

SV3 Juliana Juma’in, 45 tahun, berkongsi dengan BH tentang pengalamannya sebagai seorang pelatih untuk kem ini.

Beliau berkata:

“Saya kagum melihat kesungguhan peserta yang hadir untuk mencuba segala kegiatan meskipun ia mencabar dari segi jasmani.

“Saya berpendapat kaum wanita juga boleh menyumbang kepada pertahanan negara seperti kaum lelaki, mengikut kebolehan masing-masing.”

Cik Juliana telah menjadi sukarelawan bersama dengan SAFVC selama sembilan tahun sebagai pemantau keadaan, atau ‘bridge watchkeeper’, di mana beliau memantau perairan Singapura.

Walaupun bertugas sebagai pengurus bersama Pusat Kecerdasan Buatan (AI) bagi Teknologi Pendidikan di Universiti Nasional Singapura (NUS) secara sepenuh masa, beliau tetap meluangkan sekurang-kurangnya lima hari setiap tahun sebagai sukarelawan.

Seramai 29 peserta telah menyatakan minat untuk menyertai Kor Sukarelawan setelah selesai kem tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >