LEBIH tujuh dalam 10 pemandu teksi dan kereta sewa privet (PHC) di Singapura telah menerima suntikan pertama dos vaksin Covid-19. Hampir separuh pula telah menerima suntikan lengkap dua dos, kata Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung pada Sabtu (10 April). "Lain kali anda menaiki teksi atau kereta sewa privet, kemungkinan pemandu anda telah menerima vaksin Covid-19. "Terima kasih kepada pemandu kita kerana menampilkan diri dan menjadikan teksi dan PHC lebih selamat," kata Encik Ong, dalam satu kiriman Facebook.