Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

7 diberkas kerana serang 3 belia di Jalan Bukit Merah

Jun 13, 2021 | 8:58 PM
Salah seorang lelaki itu disyaki menyerang mangsa dengan pisau kerambit.
Salah seorang lelaki itu disyaki menyerang mangsa dengan pisau kerambit. - SPF

TUJUH lelaki berusia antara 15 dengan 29 tahun diberkas pada Sabtu (12 Jun) kerana merusuh menggunakan senjata bahaya. Lima akan didakwa di mahkamah pada Isnin. Mereka terlibat dalam pergaduhan pada Jumaat malam di mana tiga belia diserang di Jalan Bukit Merah. Salah seorang lelaki itu disyaki menyerang mangsa dengan pisau kerambit, kata polis pada Ahad. Dua mangsa, berusia 14 dan 15 tahun, dibawa ke hospital. Sebilah pisau kerambit yang ditemui pada salah seorang lelaki itu turut dirampas. Siasatan polis sedang dijalankan. Siasatan awal menunjukkan ketiga-tiga mangsa dikenali oleh penyerang dan mereka dikatakan diserang akibat satu pertikaian. Kesalahan merusuh menggunakan senjata bahaya membawa hukuman penjara hingga 10 tahun, serta hukuman sebat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg