Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

7 disiasat kerana disyaki terlibat dalam judi haram

Aug 21, 2022 | 5:30 AM
Jamal Abdillah
Jamal Abdillah - ESPLANADE - THEATRES ON THE BAY

POLIS sedang melakukan siasatan ke atas tujuh orang, berusia antara 48 hingga 75 tahun, kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pertaruhan yang menyalahi undang-undang.

Polis dalam kenyataannya semalam berkata pasukan daripada Divisyen Polis Woodlands menjalankan satu operasi penguatkuasaan di Yishun Street 1.

Seorang lelaki berusia 75 tahun dan wanita berusia 62 tahun ditemui bertindak sebagai penyedia khidmat perjudian untuk empat lelaki lain yang berusia antara 48 hingga 72 tahun.

Seorang lelaki berusia 61 tahun pula disyaki terlibat dalam kegiatan pertaruhan haram dengan satu penyedia khidmat perjudian lain.

Wang tunai $2,280 dan tujuh telefon bimbit dirampas sebagai bahan bukti.

Di bawah Akta Kawalan Perjudian, sesiapa yang didapati terlibat dalam kegiatan pertaruhan secara haram boleh dipenjara hingga lima tahun dan didenda hingga $200,000.

Di bawah akta sama, sesiapa yang berjudi dengan penyedia khidmat perjudian tidak berlesen boleh dikenakan hukuman penjara hingga enam bulan, denda hingga $10,000, atau kedua-dua hukuman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg