Topik diikuti
Pergi ke BHku7 kakitangan McDonald's yang dijangkiti Covid-19 telah dikerah ke 9 cawangan di S'pura
7 kakitangan McDonald's yang dijangkiti Covid-19 telah dikerah ke 9 cawangan di S'pura
Kevin Lim
Apr 20, 2020 | 5:12 PM
7 kakitangan McDonald's yang dijangkiti Covid-19 telah dikerah ke 9 cawangan di S'pura
TUJUH kakitangan McDonald's yang dijangkiti Covid-19 telah dikerahkan ke sembilan cawangan berbeza sehingga tengah hari Sabtu (18 April), kata Kementerian Kesihatan pada Isnin. Ini mendorong kementerian itu untuk menasihatkan restoran makanan segera tersebut agar menghentikan operasi di 135 cawangannya sehingga 4 Mei, termasuk khidmat bawa pulang dan penghantaran ke rumah. McDonald's menghentikan operasi keesokan harinya.