Topik diikuti
Pergi ke BHku7 orang dikejarkan ke hospital setelah kemalangan di Tampines melibatkan teksi, dua kereta
7 orang dikejarkan ke hospital setelah kemalangan di Tampines melibatkan teksi, dua kereta
7 orang dikejarkan ke hospital setelah kemalangan di Tampines melibatkan teksi, dua kereta

TUJUH orang termasuk seorang budak lelaki berusia dua tahun telah dikejarkan ke hospital setelah kemalangan melibatkan dua kereta dan satu teksi berlaku petang semalam (11 Mei).
Kemalangan itu berlaku di persimpangan Tampines Avenue 2 dan Tampines Avenue 9 pada sekitar 4 petang.
Polis berkata, pemandu teksi berusia 54 tahun dan empat penumpangnya yang berusia antara dua dengan 35 tahun, serta tiga penumpang daripada salah satu kereta yang terlibat yang berusia antara 51 dengan 79 tahun, berada dalam keadaan sedarkan diri apabila pegawai tiba di tempat kejadian.
Siasatan sedang dijalankan.
Sementara itu, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, dua orang dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK sementara lagi lima orang dibawa ke Hospital Besar Changi. - The Straits Times
