Topik diikuti
Pergi ke BHku7 stesen NSL tutup awal pada Jumaat dan Sabtu sepanjang Julai
Foto SHIN MIN DAILY NEWS
Jun 18, 2018 | 12:50 PM
7 stesen NSL tutup awal pada Jumaat dan Sabtu sepanjang Julai
TUJUH stesen di Laluan Utara-Selatan (NSL) akan tutup lebih awal setiap Jumaat dan Sabtu bulan depan.
Stesen berikut adalah Bukit Gombak, Choa Chu Kang, Yew Tee, Kranji, Marsiling, Woodlands dan Admiralty.
Kesemua stesen itu akan tutup sekitar 11 malam setiap Jumaat dan Sabtu.
Menerusi satu kenyataan hari ini (18 Jun), pengendali kereta api SMRT berkata ini bagi menggiatkan lagi kerja penyenggaraan dan peningkatan kereta api yang sedang dijalankan di bahagian barat laut NSL.
Semasa tempoh penutupan awal stesen berkenaan, khidmat bas ulang-alik akan disediakan antara tujuh stesen yang terjejas itu.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti