Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

70 anggota bomba lawan kebakaran di gudang Tuas

May 13, 2020 | 3:30 PM
KEBAKARAN GUDANG: Pasukan pertahanan awam disertai seramai 70 anggota bomba berkejar ke tempat kejadian setelah mendapat laporan tentang kebakaran berlaku pada 6.20 pagi.
KEBAKARAN GUDANG: Pasukan pertahanan awam disertai seramai 70 anggota bomba berkejar ke tempat kejadian setelah mendapat laporan tentang kebakaran berlaku pada 6.20 pagi. - - Foto BH oleh LIM YAOHUI

KIRA-KIRA 70 anggota bomba telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran yang berlaku pagi ini di sebuah gudang Tuas.

Api begitu marak sehingga panas dari api menyebabkan tembok gudang itu pecah.

Tidak ada kecederaan yang dilaporkan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkejar ke tempat kejadian sekitar 6.20 pagi dan mengerahkan pasukan bomba dan 16 kenderaan kecemasan untuk mengelilingi dan mengawal kebakaran.

Ketika SCDF tiba di tempat kejadian, api kelihatan marak dari tingkat dua gudang dua tingkat di No. 2B Tuas Avenue 12.

Isi gudang, yang terdiri daripada mesin dan baldi plastik dijilat api.

Kira-kira satu setengah jam kemudian, api dapat dipadamkan dengan menggunakan lapan jet genggam.

SCDF menggunakan air untuk membasahi permukaan yang terbakar panas segera setelah api padam.

Proses ini, yang disebut redaman, digunakan untuk mencegah potensi kebakaran semula.

Punca kebakaran sedang disiasat. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg