Premium
73 jemaah ambil tindakan undang-undang
May 14, 2016 | 5:30 AM
MOHON WANG DIKEMBALIKAN: Writ saman yang diambil jemaah Bil Hikmah menuntut firma itu mengembalikan bayaran sebanyak $156,443. -
SEBAGAI langkah terakhir, 73 jemaah Bil Hikmah Consultants secara bersama telah mengambil tindakan undang-undang menerusi writ saman yang telah dihantar kepada firma itu pada 5 Mei lalu.
Dalam writ tersebut, mereka - sebagai plaintif - menuntut bayaran sebanyak $156,443 dikembalikan kerana syarikat itu gagal melaksanakan pakej umrah, sekali gus melanggar kontrak dan membuat pernyataan yang salah mengenai pakej umrah yang tidak sepatutnya mereka anjurkan.

