Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

74 peratus individu yang diberi dos vaksin yang salah di Poliklinik Bukit Merah sudah terima suntikan gantian

Oct 25, 2021 | 6:54 PM
Foto BH oleh KEVIN LIM
Foto BH oleh KEVIN LIM -

SEHINGGA 4.30 petang pada Isnin (25 Oktober), 86 daripada 117 orang yang telah menerima dos vaksin Covid-19 yang salah di Poliklinik Bukit Merah telah menerima dos gantian mereka, jelas Ketua Eksekutif Poliklinik SingHealth, Adrian Ee, kepada akhbar The Straits Times.

Poliklinik SingHealth menjelaskan pada Ahad terdapat kesilapan dalam mentadbir vaksin ini yang membawa pada enam kakitangan dan 111 pesakit menerima dos lebih rendah, sekitar satu per 10 (1/10) daripada vaksin Covid-19 yang sebenar.

Ia menambah berdasarkan garis panduan vaksinasi oleh Kementerian Kesihatan (MOH) kini, kadar dos suntikan yang dikurangkan tidak mungkin akan menyebabkan reaksi yang teruk dan selamat secara klinikal bagi mereka yang terjejas untuk mendapatkan suntikan dos gantian.

Satu pemeriksaan menunjukkan Poliklinik Bukit Merah hanya menawarkan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty.

Kesilapan itu yang diketahui pada petang 22 Oktober adalah hasil kesilapan dalam mengenal pasti penanda pada picagari baru.

Pesakit diberi dos yang tersilap antara 20 hingga 22 Oktober.

Dr Ee, bagaimanapun, tidak menjawab pertanyaan mengapa picagari baru digunakan, apakah perlindungan yang dikenalkan pada waktu kejadian atau sama ada poliklinik menggunakan picagari yang sama.

"Langkah segera diambil bagi membetulkan kesilapan ini dengan kakitangan poliklinik diingatkan tentang penggunaan betul picagari baru bagi mentadbir vaksin Covid-19," kata Dr Ee.

Beliau menambah semua pesakit yang terjejas telah dihubungi dan urusan telah dibuat bagi mereka menerima dos gantian secepat mungkin.

Dr Ee berkata proses ini telah disemak secara terperinci sejak kejadian itu berlaku, satu peristiwa yang jarang terjadi.

Beliau menambah semua vaksinasi dan khidmat di poliklinik SingHealth tidak terjejas dan semua pesakit yang mengunjungi Poliklinik Bukit Merah bagi vaksinasi Covid-19 mereka pada hari lain tidak terjejas oleh kejadian itu.

Dr Ee menambah: "Menyusuli kejadian itu, kami telah menyemak secara terperinci proses kami dan akan memastikan kakitangan kami dibiasakan dengan penggunaan alat baru bagi mencegah kejadian yang sama berulang di poliklinik kami."

Dr Ee berkata pada Isnin bahawa picagari baru telah diperkenalkan di klinik ini pada 20 Oktober.

Ini bukan kali pertama pesakit diberi kadar suntikan vaksin Covid-19 yang tersilap di Singapura.

Pada Januari tahun ini, kakitangan di Pusat Mata Kebangsaan Singapura tersilap diberi sejumlah lima dos suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.

Pekerja yang bertanggungjawab melarutkan vaksin itu dipanggil bagi menguruskan perihal lain sebelum larutan dibuat.

Kakitangan kedua kemudian tersilap dengan menyangka dos yang belum dilarutkan dalam bekas itu sudah dapat ditadbir.

Pada Jun pula, remaja 16 tahun tersilap diberi dos suntikan pertama Moderna yang belum disahkan bagi individu di bawah usia 18 tahun di Singapura.

Kesilapan itu dikesan di pusat vaksinasi Kelab Masyarakat Kolam Ayer apabila kakitangan di situ hanya menyedari budak itu di bawah usia 18 tahun selepas dia diberi suntikan berkenaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg