Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

741 kes Covid-19 baru dikesan di S'pura, bilangan purata kes dalam masyarakat merosot

May 7, 2020 | 11:10 PM
8a8948d3-2c5a-4e6a-9807-d32035829cf6
-

Lagi 741 kes Covid-19 dikesan di S'pura, kebanyakannya melibatkan pekerja asing di dormitory, dengan bilangan purata kes dalam masayarakat terus merosot.

Lima daripada tujuh kes baru dalam masyarakat adalah pesakit warga Singapura atau penduduk tetap.

Dalam kenyataannya pada Khamis (7 Mei) Kementerian Kesihatan (MOH) berkata bagi kes dalam masyarakat, bilangan purata kespada minggu lalu adalah 10 kes sehari, lebih rendah berbanding purata 14 kes sehari pada minggu sebelumnya.

Bilangan kes yang tiada hubung kait dalam masyarakat juga telah merosot dalam tempoh yang sama, darpiada tujuh kes sehari pada dua minggu lalu kepada empat kes sehari pada minggu lalu.

"Kami akan terus memantau bilangan kes dengan teliti, termasuk kes yang dikesan menerusi program pemantauan kami," kata MOH.

Dalam pada itu, bilangan kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di dormitori terus merangkumi kebanyakan kes baru.

Seramai 725 pesakit dikesan dalam kalangan kumpulan ini pada Khamis. Menurut MOH, ini kerana ujian Covid-19 yang menyeluruh di dormitori dan kilang yang dijadikan dormitori.

Buat masa ini, sejumlah 20,939 kes Covid-19 telah dikesan di Singapura, termasuk 20 pesakit yang meninggal dunia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg