Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

8 disiasat buat pengesahan palsu SHN

Nov 19, 2020 | 3:50 PM
LAPAN INDIVIDU DISIASAT: Kerana kesalahan membuat pengesahan palsu berhubung dengan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), lapan individu yang kembali ke Singapura dari Korea Selatan dan Thailand bulan ini sedang disiasat. - Foto hiasan FAIL
LAPAN INDIVIDU DISIASAT: Kerana kesalahan membuat pengesahan palsu berhubung dengan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), lapan individu yang kembali ke Singapura dari Korea Selatan dan Thailand bulan ini sedang disiasat. - Foto hiasan FAIL -

LAPAN individu yang kembali ke Singapura dari Korea Selatan dan Thailand bulan ini sedang disiasat bagi kesalahan membuat pengesahan palsu berhubung dengan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

Empat daripada mereka bukan warga Singapura. Jika didapati bersalah, mereka berdepan dengan kemungkinan status Penduduk Tetap (PR) mereka atau permit mahupun pas kemasukan semula mereka dibatalkan.

Dalam satu kenyataan pada Khamis (19 November), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan polis berkata empat warga Singapura, dua penduduk tetap dan dua pemegang pas jangka panjang telah membuat pengesahan palsu bagi mengelakkan SHN di kemudahan khusus.

Sebelum ketibaan mereka ke sini antara 5 November dengan 12 November, lapan individu ini telah memohon untuk tidak menjalani SHN di kemudahan khusus sebaliknya melaluinya di tempat tinggal masing-masing.

Dalam permohonan mereka, mereka mengesahkan mereka akan menetap di kediaman itu seorang diri atau bersama anggota isi rumah dengan sejarah perjalanan serupa yang turut menjalani SHN pada tempoh yang sama.

Namun, antara 6 November dengan 13 November, pegawai penguatkuasa menjalankan pemeriksaan di kediaman mereka dan mendapati mereka berada dengan anggota isi rumah yang tidak menjalani SHN.

Kelapan-lapannya kemudian dibawa ke kemudahan SHN khusus.

Mereka kini sedang disiasat polis dan boleh didakwa.

Sebagai langkah berjaga-jaga demi "melindungi kesihatan awam", anggota isi rumah lapan individu itu yang tidak dalam tempoh SHN akan diberi notis berkenaan juga.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg