Lapan lelaki akan didakwa di mahkamah pada 18 Julai kerana dituduh terlibat dalam kes cabul.
Kesemua lapan lelaki itu berusia antara 25 dengan 82 tahun dan telah bertindak secara berasingan antara 2 September 2023 dengan 7 Jun, menurut polis pada 17 Julai. Mangsa dalam kes demikian termasuk dua lelaki berusia 15 dan 16 tahun, menurut laporan The Straits Times (ST).
Suspek tertua, seorang lelaki berusia 82 tahun, dikatakan telah mencabul seorang wanita berusia 35 tahun di sebuah kedai di Clementi West Street 2 pada 7 Jun. Lelaki itu berdepan satu pertuduhan mencabul kehormatan.
Pada 9 Mei lalu, seorang lelaki berusia 63 tahun dikatakan mencabul seorang budak lelaki berusia 16 tahun di dalam tandas di Jalan Tiong Bahru. Lelaki itu ditahan di tempat kejadian oleh anggota polis yang dikerahkan ke sana. Dia akan didakwa dengan satu pertuduhan mencabul kehormatan.
Pada 5 Mei, seorang lelaki, 30 tahun, didakwa mencabul seorang wanita berusia 35 tahun di sebuah kedai di Orchard Road. Dia telah ditangkap di tempat kejadian, dan dia akan didakwa dengan satu pertuduhan mencabul kehormatan.
Pada 1 Mei, seorang lelaki berusia 30 tahun dikatakan telah memukul dua kali, mencabul dua wanita, berusia 25 dan 43 tahun, di perairan berhampiran pantai di Sentosa. Dia akan didakwa dengan dua pertuduhan mencabul kehormatan.
Awal 2023, pada 6 Februari, seorang lelaki berusia 63 tahun didakwa mencabul seorang gadis berusia 16 tahun di pusat beli-belah di Sengkang Square. Polis menahannya di tempat kejadian. Dia akan didakwa dengan satu pertuduhan mencabul kehormatan.
Pada 5 Januari, seorang lelaki, 34 tahun, didakwa mencabul seorang wanita berusia 29 tahun di sebuah bangunan di Hougang. Lelaki itu akan didakwa dengan satu pertuduhan mencabul kehormatan.
Pada 15 Disember 2023, seorang lelaki berusia 44 tahun dikatakan mencabul seorang budak lelaki berusia 15 tahun. Lelaki itu akan didakwa dengan satu tuduhan mencabul kehormatan.
Pada 2 September 2023, seorang lelaki berusia 25 tahun dikatakan telah mencabul seorang wanita, 24 tahun,di sekitar Clarke Quay. Dia juga didakwa merakam video dan mengambil gambar wanita itu tanpa kebenaran. Lelaki itu akan didakwa dengan tiga pertuduhan mencabul kehormatan dan satu pertuduhan voyeurisme (perbuatan mengintai)
Jika didapati bersalah atas perbuatan mencabul kehormatan, pesalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun, denda, rotan, atau mana-mana gabungan ketiga-tiganya.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg