Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

8 masjid sediakan tiga sesi, 228,760 ruang bagi solat Aidilfitri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8 masjid sediakan tiga sesi, 228,760 ruang bagi solat Aidilfitri

Apr 04, 2024 | 06:29 PM



Sebanyak lapan daripada 68 masjid menawarkan sehingga tiga sesi sembahyang Hari Raya Aidilfitri, dengan kesemua masjid menyediakan sejumlah 228,760 ruang solat pada 2024, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di media sosial.

Lapan masjid yang mengadakan tiga sesi solat termasuk masjid Al-Mawaddah; Haji Mohd Salleh (Geylang); Khadijah; Al-Khair; Ar-Raudhah; Assyakirin; Abdul Gafoor dan Angullia.

Sesi pertama pada 7.20 pagi, sesi kedua pada 8.45 pagi dan sesi ketiga pada 9.45 pagi.

Sebanyak 41 masjid pula akan mengadakan dua sesi solat – sesi pertama pada 7.20 pagi dan sesi kedua pada 8.45 pagi.

Masjid-masjid itu termasuk masjid Al Abdul Razak; Alkaff Kg Melayu; Al-Ansar; Al-Islah; Al-Taqua; Darul Aman; Kassim; Kg Siglap; Khalid; Sallim Mattar; Wak Tanjong; Darul Ghufran; Ahmad Ibrahim; Al-Istiqamah; Alkaff Upper Serangoon; Al-Muttaqin; An-Nahdhah; An-Nur; Assyafaah; Darul Makmur (tapak sementara di Sekolah Menengah North View), En-Naeem; Haji Yusoff; Muhajirin; Omar Salmah; Yusof Ishak; Ahmad; Al-Firdaus; Al-Iman; Al-Mukminin; Darussalam; Hang Jebat; Hasanah; Maarof; Pusara Aman; Al-Abrar; Al-Falah; Haji Muhammad Salleh (Palmer); Moulana Mohd Ali dan Malabar.

Bagaimanapun, Muis mengingatkan mereka yang berhasrat untuk menghadiri sesi pertama di Masjid Darul Ghufran untuk membuat tempahan di book.masjids.sg dan tempahan dibuka pada 6 April, 10 pagi.

Masjid Sultan juga akan mengadakan dua sesi solat Hari Raya. Sesi pertama diadakan pada 8.45 pagi dan sesi kedua diadakan pada 9.45 pagi.

Sebanyak 19 masjid akan mengadakan hanya satu sesi solat Hari Raya sama ada pada 7.20 pagi atau 8.45 pagi.

Masjid-masjid yang akan mengadakan satu sesi solat pada 7.20 pagi termasuk Masjid Abdul Aleem Siddique; Mydin; Abdul Hamid (Kg Pasiran); Hajjah Rahimabi Kebun Limau; Tentera Di Raja; Al-Amin; Bencoolen; Mujahidin dan Omar Kampong Melaka.

Masjid yang akan mengadakan satu sesi solat pada 8.45 pagi termasuk masjid Petempatan Melayu Sembawang; Al-Huda; Hussain Sulaiman; Hajjah Fatimah; Jamae Chulia; Jamek Queenstown; Jamiyah Ar-Rabitah; Kampong Delta; Tasek Utara dan Temenggong Daeng Ibrahim.

Selain itu, 34 kariah menawarkan ruang tambahan kepada penduduk yang ingin menunaikan solat sunat itu lebih dekat dengan rumah mereka, kata Muis.

Bagi butiran penuh tentang solat Hari Raya di masjid, layari go.gov.sg/rayaprayer

Untuk melihat senarai kariah yang berkaitan dengan masjid, layari go.gov.sg/rayaprayersupp




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >