Polis sedang menyiasat lapan orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan berjudi secara haram.
Menurut kenyataan polis hari ini, para pegawai dari Divisyen Polis Woodlands telah menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap kegiatan berjudi secara haram di Yishun pada 15 September.
Lima lelaki berusia di antara 62 tahun dengan 74 tahun, sedang disiasat atas kesalahan di bawah Akta Pertaruhan.
Dua lelaki lain dan seorang wanita berumur di antara 60 tahun dengan 78 tahun sedang disiasat atas kesalahan di bawah Akta Perjudian Jarak Jauh.
Kenyataan itu berkata wang tunai bernilai lebih $2,000 telefon bimbit dan barangan berkaitan berjudi telah dirampas.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg