Seramai 1.6 juta warga Singapura yang lahir pada 1973 atau lebih awal, akan mendapat rangsangan tambahan semasa persaraan mereka menerusi Pakej Majulah, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 di Parlimen pada 16 Februari.
Kos sepanjang hayat pakej itu dianggarkan $8.2 bilion.
Sebagai tanda komitmen pemerintah terhadap pakej itu tanpa membebankan generasi akan datang, sebanyak $7.5 bilion akan diperuntukkan dalam dana baru, Dana Pakej Majulah, tambah Encik Wong.
Warga tua yang memperoleh gaji sehingga $6,000 setiap bulan boleh mendapat bonus tahunan sehingga $1,000 di bawah Bonus ‘Earn and Save’.
Bonus Simpanan Persaraan sekali sahaja antara $1,000 dengan $1,500 juga akan diberikan kepada warga tua dengan simpanan persaraan di bawah Jumlah Asas Persaraan.
Sementara itu, golongan ‘young seniors’ (atau orang tua muda) iaitu dalam lingkungan usia 50-an dan awal 60-an tahun, akan menerima Bonus Medisave sekali sahaja berjumlah $1,500, manakala warga tua lain akan menerima $750.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg