Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

8,300 warga S'pura terima folder Generasi Merdeka

Jun 2, 2019 | 4:43 PM
GENERASI MERDEKA: Encik Lee menunjukkan folder Generasi Merdeka yang diberikan kepada 8,300 warga Singapura menerusi pelbagai acara kemasyarakatan di seluruh negara hari ini.
GENERASI MERDEKA: Encik Lee menunjukkan folder Generasi Merdeka yang diberikan kepada 8,300 warga Singapura menerusi pelbagai acara kemasyarakatan di seluruh negara hari ini. - Foto ONG WEE JIN

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah menghadiri majlis penghargaan Generasi Merdeka anjuran Pertubuhan Akar Umbi GRC Ang Mo Kio yang pertama hari ini (2 Jun).

Semasa berucap di acara itu, Encik Lee berkata warga Singapura daripada Generasi Merdeka telah menyumbang kepada sebahagian besar Kisah Singapura - daripada mengharungi krisis ekonomi kepada membangunkan sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan.

Di majlis yang berlangsung di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central itu, beliau juga memberikan folder Generasi Merdeka kepada 300 warga Singapura yang dilahirkan pada 1950-an.

Secara keseluruhan, sekitar 8,300 warga Singapura menerima folder itu di pelbagai acara kemasyarakatan di seluruh negara hari ini.

Folder itu termasuk kad Generasi Merdeka yang boleh digunakan untuk menikmati pelbagai manfaat Pakej Generasi Merdeka.

Persatuan Rakyat (PA) berkata, Kementerian Perhubungan dan Penerangan juga akan mengadakan pameran bergerak sebagai sebahagian usaha negara untuk memberitahu dan mendekati Generasi Merdeka tentang manfaat pakej tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg