Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

87 diberkas atas pelbagai kesalahan

Mar 28, 2017 | 9:12 AM
DIBERKAS: Seramai 87 orang di Geylang atas pelbagai kesalahan semasa menjalankan satu operasi bersama membabitkan enam agensi penguatkuasa yang berakhir kelmarin. - Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA
DIBERKAS: Seramai 87 orang di Geylang atas pelbagai kesalahan semasa menjalankan satu operasi bersama membabitkan enam agensi penguatkuasa yang berakhir kelmarin. - Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA -

POLIS memberkas seramai 87 orang di Geylang atas pelbagai kesalahan semasa menjalankan satu operasi bersama membabitkan enam agensi penguatkuasa yang berakhir kelmarin (26 Mac).

Operasi yang dipimpin pasukan polis dari Divisyen Bedok dan disokong oleh para anggota dan pegawai dari Kastam Singapura, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) serta Penguasa Sains Kesihatan.

Menurut polis dalam kenyataannya, operasi itu merangkumi hotel dan kawasan jalan di Geylang.

Seramai lapan lelaki dan dua wanita diberkas kerana menjaja rokok serta menjual ubat-ubatan seksual terlarang. Nilai pasaran bagi barangan dirampas mencapai $53,000.

Seramai 34 wanita juga ditangkap atas kesalahan maksiat yang dilakukan di unit kediaman dan 41 lelaki dicekup kerana berjudi.

Siasatan ke atas kesemua yang diberkas sedang berjalan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg