Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

880,000 isi rumah akan dapat rebat baucar GST bulan ini

Jan 2, 2018 | 4:00 PM
e2c52c6b-0621-489d-b1bb-beeab1159fed
-

KIRA-KIRA 880,000 isi rumah akan menerima baucar GST untuk melunasi sebahagian daripada bil utiliti mereka bagi bulan ini, kata Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.

Setiap isi rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat cukai barangan dan perkhidmatan GST-Utilities-Save (U-Save) bulan ini.

Rebat U-Save itu adalah salah satu daripada tiga komponen di bawah skim Baucar GST yang kekal.

Ia membantu isi rumah HDB mengimbangi sebahagian daripada bil utiliti mereka khusus untuk mengurangkan perbelanjaan isi rumah secara keseluruhannya.

Ia diberikan setiap tiga bulan.

Setiap isi rumah akan menerima rebat U-Save antara $95 dengan $55, atau antara $380 dengan $220 setiap tahun, bergantung pada jenis flat HDB mereka.

Menurut MOF, isi flat satu dan dua bilik akan menerima $95, sementara flat tiga bilik pula akan menerima $85, flat empat bilik $75, sementara keluarga yang menetap di flat lima bilik akan menerima $65, dan flat eksekutif serta berbilang generasi $55.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg