Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

9 akan didakwa langgar langkah pemutus litar selepas beri makan, lihat babi hutan

Apr 20, 2020 | 10:37 PM
Satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki memberi roti kepada babi hutan.
Satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki memberi roti kepada babi hutan. - Facebook/Our Singapore

SEMBILAN individu yang didapati memberi makan dan menyaksikan babi hutan di Lorong Halus akan didakwa melanggar langkah pemutus litar.

Mereka akan didakwa bagi kesalahan di bawah Akta (Langkah Sementara) Covid-19 kerana menjalankan kegiatan tidak penting atau berkumpul di sebuah kawasan meskipun mereka bukan daripada keluarga yang sama. Menurut The Straits Times, tiga lelaki ditangkap pegawai Lembaga Taman Negara (NParks) semasa satu operasi, yang dipercayai orang-orang yang sama dalam satu video tular. Salah seorang daripada mereka dilihat memberi makan roti kepada sekumpulan 15 hingga 20 babi hutan daripada beg-beg plastik besar yang diberikan oleh dua lelaki lain. Video tersebut dikongsi oleh kumpulan Facebook, Our Singapore, Sabtu lalu, meskipun tidak pula diketahui sama ada video itu dirakam semasa tempoh pemutus litar. Enam yang lain ditangkap dalam kejadian berasingan semasa operasi yang sama itu, kata Dr Adrian Loo, pengarah Pengurusan Kehidupan Liar NParks.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg