Premium
9 dari 10 pekerja yang diberhenti terima pampasan: MOM
Josephine Teo: Meski dalam ketidaktentuan ekonomi sekarang, kadar pengangguran bagi pekerja setempat usia 60 tahun ke atas kekal setara dengan tenaga kerja keseluruhan
Oct 7, 2020 | 5:30 AM
SEKITAR sembilan dalam 10 pekerja yang layak telah menerima pampasan selepas diberhentikan kerja, berdasarkan perangkaan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sepanjang enam bulan lalu.
Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, memberitahu Parlimen semalam bahawa sekitar 84 peratus daripada kumpulan ini, telah diberikan gaji sekurang-kurangnya dua minggu bagi khidmat setiap tahun.

