Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

9 NMP baru dipilih menyertai Parlimen

Sep 17, 2018 | 5:17 PM
ANGGOTA PARLIMEN DILANTIK: Sembilan NMP baru telah dipilih termasuk (dari kiri) pemimpin gerakan buruh Arasu Duraisamy; pengasas Roses of Peace, Encik Mohamed Irshad Abbas Ali; perenang paralimpik Yip Pin Xiu dan pengerusi Sakae Holdings Douglas Foo.
ANGGOTA PARLIMEN DILANTIK: Sembilan NMP baru telah dipilih termasuk (dari kiri) pemimpin gerakan buruh Arasu Duraisamy; pengasas Roses of Peace, Encik Mohamed Irshad Abbas Ali; perenang paralimpik Yip Pin Xiu dan pengerusi Sakae Holdings Douglas Foo. - Foto MORS GROUP, KEVIN LIM, NTUC, NAZRY MOKHTAR

SERAMAI sembilan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) telah dipilih untuk mewakili pandangan pelbagai segmen berbeza dalam masyarakat Singapura di Parlimen.

Mereka adalah:

  • Pemimpin gerakan buruh, Encik Arasu Duraisamy
  • Pengerusi Sakae Holdings, Encik Douglas Foo
  • Pengarah eksekutif Orkestra Cina Singapura, Encik Ho Wee San
  • Profesor komunikasi dan teknologi, Profesor Lim Sun Sun
  • Pengasas kumpulan silang agama yang tidak meraih keuntungan Roses of Peace, Encik Irshad Abbas Ali
  • Konsultan tanggungjawab korporat dan sosial, Cik Anthea Ong
  • Presiden Persatuan Farmaseutikal Singapura, Cik Irene Quay
  • Pakar ekonomi buruh, Profesor Madya Walter Theseira
  • Perenang paralimpik nasional, Cik Yip Pin Xiu

Kesemua sembilan individu itu memegang jawatan NMP buat kali pertama.

Menerusi satu kenyataan, Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, yang turut mempengerusikan Jawatankuasa Pilihan Khas yang memilih NMP itu berkata sembilan calon itu memenuhi kesemua kriteria dan syarat perlembagaan.

"Kami juga yakin individu yang bersemangat dan komited ini dapat mewakili pandangan daripada masyarakat mereka.

"Oleh itu, perspektif yang dikongsi semasa perbahasan di Parlimen juga akan menjadi lebih luas dan dalam," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg