Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bumbung 9 tempat letak kereta bertingkat akan diubah jadi ladang sayuran

May 12, 2020 | 4:53 PM
a8398f0c-eb2d-46a9-9aa5-cc4c57d74df1
-

Bumbung beberapa tempat letak kereta bertingkat di Singapura akan diubah untuk menjadi ladang sayur-sayuran dan tanaman lain pada separuh kedua tahun ini.

Tender untuk membina ladang sedemikian dilancarkan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Selasa (12 Mei) dan Lembaga Pembangunan dan Perumahan HDB.

Ini termasuk bagi lima tapak tunggal di Ang Mo Kio, Tampines, Toa Payoh, Hougang dan Choa Chu Kang, serta dua kelompok yang masing-masing mengandungi dua tapak yang dikenal pasti, di Sembawang dan Jurong West.

Setiap tapak itu boleh diberikan tender satu penggal selama tiga tahun. Bagi tapak berkelompok, pihak yang diberikan tender akan mengendalikan semua tapak dalam kelompok itu.

Pelancaran projek ini adalah sebahagian strategi yang dilaksana SFA untuk menambah jumlah makanan yang dihasilkan setempat. Singapura telah menetapkan matlamat menghasilkan 30 peratus makanan yang diperlukan negara sehingga 2030, kata kededua agensi pemerintah itu, dalam kenyataan bersama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg