Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

90 peratus motosikal lama kini dalam skim NEA bagi kurangi pelepasan ekzos kenderaan

May 9, 2023 | 1:31 PM
Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

PEMILIK sekitar 90 peratus motosikal lama yang didaftarkan sebelum 1 Julai 2003 telah menyertai inisiatif yang bertujuan untuk mengurangkan pelepasan ekzos kenderaan.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), dalam satu kenyataannya pada Selasa berkata, 24,500 motosikal daripada sejumlah 27,000 motosikal lama yang layak telah didaftarkan untuk inisiatif yang diumumkan pada 2018 ini.

Di bawah skim ini, pemilik motosikal ini mendapat bayaran $3,500 sekali gus sebagai pertukaran untuk membatalkan pendaftaran kenderaan mereka atau menukarnya kepada skim kenderaan klasik atau skim kenderaan vintaj yang disemak semula.

Motosikal di bawah salah satu daripada dua skim itu hanya boleh digunakan selama 45 hari setahun.

Daripada 24,500 motosikal itu, 23,500 motosikal telah dibatalkan pendaftarannya manakala kira-kira 1,000 yang lain tertakluk pada sekatan 45 hari.

Baki 2,500 motosikal lama yang tidak disertakan dalam inisiatif itu boleh digunakan sehingga 30 Jun 2028, selagi ia memenuhi piawaian pelepasan yang diperketatkan yang bermula pada 6 April.

Di bawah piawaian baru itu, motosikal setempat yang didaftarkan sebelum 1 Julai 2003 dan semua motosikal berdaftar asing dikehendaki memenuhi had 4.5 peratus pengeluaran karbon monoksida mengikut isipadu dan 7,800 bahagian bagi setiap juta (ppm) hidrokarbon (untuk enjin dua lejang) atau 2,000ppm (untuk enjin empat lejang).

NEA menambah sejak piawaian pengeluaran baru ekzos kenderaan itu berkuatkuasa, 60 pemilik motosikal telah dikenakan denda komposisi kerana tidak memenuhi kriteria.

NEA telah menguji sekitar 300 motosikal secara keseluruhannya sejak 6 April lalu.

"Mengurangkan pelepasan ekzos kenderaan adalah sebahagian daripada inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan mutu udara dan menjaga kesihatan awam.

"NEA ingin mengingatkan pemilik motosikal supaya kenderaan mereka diservis bagi memenuhi piawaian pelepasan ekzos yang diperketatkan," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg