Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

950,000 isi rumah warga Singapura terima baucar GST bulan Oktober

Sep 30, 2022 | 4:52 PM
BAUCAR GST: Rebat itu merupakan sebahagian daripada skim GSTV tetap dan Pakej Bantuan Keluarga Tambahan yang diumumkan semasa Belanjawan tahun ini.
BAUCAR GST: Rebat itu merupakan sebahagian daripada skim GSTV tetap dan Pakej Bantuan Keluarga Tambahan yang diumumkan semasa Belanjawan tahun ini. - Foto BH oleh KHALID BABA

SEKITAR 950,000 isi rumah warga Singapura yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat Baucar GST (GSTV) - U-Save serta rebat Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) mereka bulan ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.

Jumlah yang mereka akan terima adalah antara $110 dengan $190 bagi GSTV - U-Save serta rebat S&CC bagi setengah hingga satu bulan, serupa yang telah diberikan bagi suku sebelumnya iaitu pada Julai.

Ini merupakan bayaran ketiga bagi tahun kewangan ini, dengan yang pertama diberikan pada April. Bayaran terakhir bagi tahun kewangan ini akan diagihkan pada Januari tahun depan.

Rebat itu merupakan sebahagian daripada skim GSTV tetap dan Pakej Bantuan Keluarga Tambahan yang diumumkan semasa Belanjawan tahun ini.

MOF berkata rebat itu akan terus membantu membiayai GST dan perbelanjaan harian lain bagi isi rumah warga Singapura yang berpendapatan rendah hingga pertengahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg