Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

97 orang disiasat sebab berkumpul di kedai konsep KTV tidak berlesen

Feb 19, 2022 | 4:32 PM
Polis menemui 22 bilik karaoke yang tersembunyi di dalam cawangan yang berkonsepkan KTV di Syed Alwi Road.
Polis menemui 22 bilik karaoke yang tersembunyi di dalam cawangan yang berkonsepkan KTV di Syed Alwi Road. - SPF

Polis sedang menyiasat 97 orang, termasuk empat pelayan dari China, kerana tidak mematuhi langkah jarak selamat di sebuah lokasi berkonsep KTV di Syed Alwi Road.

Pada 15 Februari lalu, polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kedai yang bertukar menjadi cawangan makanan dan minuman(F&B) di sebuah rumah kedai di Little India.

Mereka menjumpai 60 lelaki dan 37 wanita - berusia di antara 24 tahun dengan 65 tahun - berkumpul di sebuah cawangan berkonsep KTV tidak berlesen, yang terselindung di sebalik pintu disekat, kata polis pada Sabtu (19 Feb).

Siasatan lebih lanjut mendedahkan terdapat 22 bilik karaoke, di bahagian tingkat atas unit rumah kedai tiga tingkat itu. Bilik itu dilengkapi dengan antara lain sistem karaoke, televisyen dan alat pembesar suara.

Daripada 97 orang itu, empat adalah warga China yang berusia di antara 33 tahun dengan 48 tahun dan disyaki merupakan pelayan. Salah seorang daripada mereka diuji positif bagi Covid-19 menerusi Ujian Antigen Pantas, jelas pihak polis.

Kesemua empat wanita itu yang bercampur gaul dengan pelanggan, telah diberkas di atas kesalahan di bawah Akta Pengambilan Pekerja Asing.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg