Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

97 penumpang, kru diselamatkan lepas feri dari Batam langgar barang terapung

Nov 30, 2015 | 6:36 PM
068f0c4d-d3f4-43be-9286-dc1e2b709e05
-

SEMUA 97 penumpang yang menaiki sebuah feri ke Singapura dari Batam diselamatkan selepas ia melanggar sebuah barang terapung di air pada Ahad (29 Nov) malam.

Dalam satu kenyataan, Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata ia menerima laporan bahawa feri berdaftar di Indonesia itu, Laut Prince, melanggar barang terapung selepas meninggalkan terminal feri Nongsapura di Batam.

Pengendali feri tersebut, Batamfast, mengerahkan dua feri untuk memindahkan semua penumpang ke terminal itu, kata MPA.

Difahamkan penumpang dibawa balik ke terminal tersebut dengan menaiki bot penyelamat.

Pada masa kejadian, 97 penumpang, termasuk 51 warga Singapura, dan tujuh anak kapal berada di atas feri tersebut.

Difahamkan penumpang lain termasuk warga British, Korea Selatan dan Portugis, dan tiada sesiapa cedera.

"Semua penumpang telah dipastikan ada dan feri itu berada dalam keadaan stabil," kata MPA dalam kenyataannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg