Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Brunei, pengalaman buka mata

Dec 17, 2022 | 5:30 AM
-

PADA suatu malam di ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, Encik Rustam Shariq Mujtaba, 25 tahun, ahli farmasi prapendaftaran, melihat betapa bersatu hati masyarakatnya, dengan mereka senang memberi ucapan hormat kepada pegawai polis di tepi jalan raya atau menyapa satu sama lain semasa membeli hidangan nasi katok di gerai. Encik Rustam juga terdedah kepada prasarana dan projek-projek yang disediakan buat rakyat Brunei semasa teman barunya dari negara itu, Encik Ashmeer, memandu beliau di sekitar ibu kota. Pengalaman itu buka mata Encik Rustam yang mengunjungi Brunei buat julung-julung kalinya bagi Program Pertukaran Pemimpin Belia Singapura-Brunei (SBYLEP) dari 19 hingga 23 November lalu. Program SBYLEP ini adalah antara persidangan belia dua hala di negara Asean, anjuran Majlis Belia Kebangsaan (NYC), dengan pemimpin belia dari Singapura mengembara di kawasan-kawasan lain di rantau ini seperti Malaysia dan Indonesia. Dalam program yang melibatkan 30 perwakilan belia dari Singapura dan Brunei ini, mereka berpeluang berkumpul dan mengambil bahagian dalam dialog dengan penggubal dasar kanan dan pemimpin pemikiran, serta melalui perjalanan pembelajaran yang mendalam dan sesi rangkaian. Mengulas mengenainya, Encik Rustam berkata: "Program SBYLEP ini adalah satu pengalaman pembuka mata. Saya sedar bahawa belia boleh membantu membentuk budaya, dasar dan arah tuju ekonomi masa depan sebuah negara. "Mendengar teman-teman dari Brunei berkongsi kisah mereka, pergelutan mereka dan lebih penting lagi, matlamat mereka, memberi inspirasi kepada saya untuk berfikir dengan lebih luas lagi." Siswazah sarjana muda jurusan farmasi dari Universiti Nasional Singapura (NUS) itu prihatin terhadap penjagaan kesihatan dan farmaseutikal. Asalnya mendapat tempat belajar dalam jurusan undang-undang di Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Encik Rustam mengubah haluan dan terdorong menceburi bidang farmaseutikal selepas berkhidmat sebagai sarjan perubatan ketika dalam Perkhidmatan Negara (NS). Justeru, semasa sesi Dialog bersama Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (Brunei Darussalam), Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Haji Mohamad, Encik Rustam berpeluang menanya tentang pendekatan berpaksikan belia untuk meningkatkan daya tahan. Menerusi maklum balas Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi, Encik Rustam mendapat tahu bahawa negara itu mempunyai rancangan mahu bekerjasama merentasi kementerian untuk mendidik lebih lanjut tentang kesihatan mental dan mengukuhkan lagi kekuatan rohani dalam kalangan belia. "Saya gembira mendapat tahu bahawa Pelan Aksi Kesihatan Mental (MHAP) baru dilancarkan di Brunei pada 12 November. "Pelan itu jelas menawarkan pendekatan pelbagai aspek yang bertujuan mendidik, menggalak tingkah laku, mencari bantuan sambil berusaha mengukuhkan penyelidikan dan kapasiti kesihatan keseluruhan supaya mereka dapat menguruskan lebih banyak kes," katanya yang fasih bertutur dalam bahasa Mandarin, Melayu dan dapat berbual dalam bahasa Jepun. Pada sesi dialog itu juga, Encik Rustam berpeluang mengetahui tentang hala tuju Wawasan Brunei 2035 yang memaparkan tumpuan utama Brunei dari 2008 hingga 2035 serta mendengar perkongsian berkenaan Dasar Perubahan Iklim Nasional, Strategi dan Dasar Belia Nasional yang mengetengahkan belia sebagai pemegang kepentingan. "SBYLEP adalah program pertama saya, dengan saya berpeluang ke luar negara untuk mewakili NYC dan ia membuat saya bangga dapat mewakili Singapura," ujar Encik Rustam yang pernah merancang dan menganjurkan acara hackathon penjagaan kesihatan semasa pandemik Covid-19. Acara tersebut menerima penyertaan lebih 200 pelajar dari serata dunia sejauh Sudan Selatan, Brazil dan Asia-Pasifik. Katanya lagi, beliau turut berbesar hati ditempatkan bersama ramai individu yang berjaya. "Daripada perwakilan Singapura, NYC memilih belia dengan pelbagai suara yang mempunyai perspektif unik. "Ini membolehkan perbincangan kami menjadi lebih holistik dan meliputi bidang berbeza seperti kesihatan, perniagaan dan pendidikan. "Secara peribadi, saya juga gembira dapat menjalin persahabatan rapat dengan belia dari Brunei yang saya boleh hubungi sekiranya ada projek antarabangsa," kata Encik Rustam. Lantaran itu, Encik Rustam menggalakkan golongan belia agar merebut peluang turut serta dalam program di luar negara buat belia anjuran NYC supaya mereka dapat mengalami kepelbagaian dan menerokai budaya dan masyarakat melampaui sekitaran di dalam bilik darjah.

Tekad hidupkan budaya tolong-menolong di Singapura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg