Topik diikuti
Pergi ke BHkuDewi Fiesta kembali, fokus kepada kesihatan mental wanita

Mar 24, 2022 | 4:14 PM
Dewi Fiesta kembali, fokus kepada kesihatan mental wanita
SAYAP wanita Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Dewi@DPPMS akan menganjurkan Dewi Fiesta 2022 untuk meraikan usaha usahawan wanita sambil meningkatkan kesedaran tentang kesejahteraan mental mereka.
Diadakan Sabtu dan Ahad ini (26 dan 27 Mac 2022), fiesta tersebut bertemakan "Untuk Wanita, Oleh Wanita" dan bertujuan meraikan pencapaian usahawan wanita sepanjang pandemik Covid-19.