Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Lianhe Zaobao lancar pameran komik maya untuk rai ulang tahun ke-100

May 21, 2023 | 8:51 PM
-

AKHBAR harian berbahasa Cina, Lianhe Zaobao (ZB), pada Ahad melancarkan pameran komik maya untuk meraikan ulang tahun ke-100 akhbar itu.

Pameran itu dibuka secara rasmi oleh Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, di Pusat Makanan One Punggol. Pameran bertajuk "Scenes of Singapore Life", itu mempamerkan 100 karya artis komik ZB. Komik itu memaparkan luahan bernas dan lucu tentang kehidupan seharian rakyat Singapura, meliputi pelbagai perkara seperti makanan, alam sekitar, pengangkutan, teknologi dan pandemik Covid-19. Kumpulan komik itu, dengan terjemahan bahasa Inggeris, boleh didapati dalam talian di laman web interaktif ZB https://bit.ly/zaobao100-comics. Encik Tan Chong Beng, Pengarah Visual, Kumpulan Media Cina, Media SPH, yang merupakan salah seorang daripada 10 artis komik yang diketengahkan bagi pameran itu, berkata: "Komik telah berkembang dari semasa ke semasa daripada cetak kepada digital, tetapi ia masih berfungsi untuk menambah humor untuk menjadikan bacaan akhbar menyeronokkan dan menarik. "Saya berharap sumbangan kreatif kami akan terus memberi pembaca pengalaman membaca yang tidak dapat dilupakan."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg